Step by step jual barang di eBay
Tak susah nak jual barang di eBay sekiranya tahu step by step. Jangan terburu-buru buka akaun eBay as seller kerana ditakuti akan ada masalah di kemudian hari.
Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan sebelum buka akaun eBay sebagai penjual.
Yang paling penting ada pantang larang ataupun bahasa mudah peraturan yang perlu dipatuhi terutamanya akaun baru eBay.
Step 1: Buka akaun eBay
Buka akaun hanya untuk cari barang apa yang laku di eBay. Hanya perlu isi maklumat seperti nama penuh, alamat, email dan juga nombor telefon.
Masuk ke lama eBay.com ataupun eBay.com.my. Tak kisah antara dua ni. Klik sign in

Tujuannya adalah untuk ada history ataupun sejarah korang layari laman eBay. Bukan platform eBay sahaja amalkan pendekatan ini.
Platform lain seperti ETSY, Grailed, Amazon dan boleh dikatakan semua platform luar negara amalkan polisi ini. Jika hari ini terus buka akaun sebagai penjual mereka syak korang ingin buat kerja tidak baik.
Walaupun niat ingin menjual. Namun ada juga yang tiada masalah terus buka akaun penjual. Cuma kebarangkalian itu sangat sedikit.
Steo 2 : Cari barang yang laku
Dalam artikel sebelum ini ada ditunjukkan tentang cari barang yang laku dan jual di eBay. Percuma sahaja melalui advanced search di eBay.
Cuma kali ni nak bagi tips.
Jika korang jumpa penjual eBay yang mana senang cari barang yang laku itu. Tengok listing eBay yang lain.
Hah, kan dah dapat lagi idea barang lain yang nak jual.
Caranya ialah perlu klik feedback penjual itu dan klik view items for sales. Kemudian tick sold listing di bahagian kiri.

Step 3 : Nak guna kurier apa jual barang di eBay?
Jika jual dalam Malaysia senang sahaja kurier yang nak digunakan. Macam platform Shopee ke Lazada ke TikTok Shop ke ada sediakan kurier.
Jika jual barang ke luar negara perlu pilih sendiri kurier. Kurier terbahagi 2.
Kurier ekonomi dan juga kurier express.
Penjual eBay dan juga platform lain seperti ETSY dan Grailed yang hantar guna kurier ekonomi akan guna kurier Pos Malaysia ataupun Singapore Post.
Bagi kurier express pula kurier yang selalu digunakan ialah DHL, FedEx atau BerkatPos. Bagi yang baru bermula biasanya kurier BerkatPos digunakan.
Step 4 : Sediakan dokumen
Biasanya nak cari barang laku dengan nak kaji kurier yang nak digunakan akan mengambil masa 2 minggu. Tak lama pun. Pejam cilik je dan 2, 3 minggu.
Then boleh buat akaun seller eBay.
Biasanya dokumen untuk verify identiti untuk buka akaun eBay & Payoneer seperti
- Kad pengenalan ataupun lesen ataupun passport
- Statement bank
- Resit barang yang nak dijual (kadang eBay minta kadang tak minta)
- Kad debit
Tujuan kad debit ialah untuk bayar eBay fee ataupun yuran eBay. Setiap hasil jualan eBay akan dikenakan caj. Sama konsep seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
Step 5 : Listing & hantar barang laku
Apabila dah verify dan boleh buat listing. Ini soalan yang selalu dapat. Kenapa barang yang dijual tu dalam RM bukannya USD?
Jawapannya listing di eBay.com.my bukannya eBay.com.
Untuk jual ke USA perlu listing di eBay.com ye.

Apabila masuk je email tak sabar nak check. Mana tahu ada sales eBay macam gambar ni. Hampir setiap hari bila bangun akan ada sales.
Dah kaji kan kurier apa yang nak digunakan? Dah boleh terus hantar barang yang mat saleh order ni.
Jangan pula kaji barang guna kurier express dan time nak hantar guna kurier ekonomi. Marah pembeli tu sebab lambat sampai.
Oh ye kurier ekonomi ambil masa 3 minggu hingga 4 minggu sampai. Kurier express seawal sehari bekerja sehingga 8 hari bekerja untuk sampai ke luar negara.
Step 6 : Keluarkan hasil jual barang di eBay
Apabila eBay dan hantar hasil jualan ke akaun Payoneer dah boleh withdraw duit ke akaun bank Malaysia.
Biasanya apabila withdraw sebelum pukul 930 pagi hari bekerja, pada hari yang sama akan masuk ke akaun bank.
Paling lama 5 hari bekerja.

Jika seminggu dapat hasil macam ni pun dah ok. Jika profit 25% dan ada extra RM400. Kalau sebulan extra 300 hingga 1000 ringgit pun Alhamdulillah.
Siapa boleh bagi kan.
Tak mustahil untuk nak dapat extra income macam ni. Yang penting ada usaha dan tindakan. Siapa tahu rezeki korang dengan jual barang ke luar negara seperti link dibawah ni