Kenapa perlu dapatkan Panduan Export Mudah

Setiap hari ada berpuluh ribu barang Malaysia yang laku di eBay. Ada barang yang murah dan ada barang yang mahal dijual. Ini merupakan salah satu topik yang kami kongsikan dalam Panduan Export Mudah.

Yang jual barang Malaysia ni ada penjual Malaysia dan ada juga penjual luar negara jual barang Malaysia.

Pengalaman kami mula berjinak pada tahun 2011 dan mula serius buat fulltime penghujung tahun 2014 kami kongsikan.

Dari nak buka akaun, Do's and Don'ts, cara cari barang laku, nak hantar barang dan banyak lagi ada kami kongsikan.

Korang akan dapat pengalaman yang kami berempat dah tempoh dan lalui dari 2011 di Panduan Export Mudah.

Ini merupakan shortcut untuk korang berjaya. Pengalaman dari 2011 sehingga sekarang dikongsi.

Masa baru menjual memang semua buat sendiri. Buat listing eBay sendiri, packing sendiri, uruskan akaun eBay sendiri. Omputih cakap one man show.

Alhamdulillah sekarang banyak kerja ini staff yang uruskan. Antara barang yang laku setelah aplikasikan ilmu dalam Panduan Export Mudah

Panduan sentiasa update

Ini sebahagian daripada apa yang korang akan belajar dari Panduan Export Mudah. Actually ada 4 pages eBook ini. Total ada lebih 30 bab ataupun isi kandungan. Apa yang korang tengok di atas hanyalah 12 bab dari keseluruhan.

Dari masa ke semasa kami akan update eBook ikut kesesuaian.

Cara yang paling ramai tanya selalunya macma mana nak cari barang laku di eBay. Jangan risau kat bawah ini ada ditunjukkan contoh barang yang pernah kami jual dan laku.

Dalam Panduan Export Mudah pun ada 4 bab kami tunjukkan dan korang pun boleh aplikasikan untuk cari barang lain yang laku.

Barang Malaysia yang laku di eBay

Sabun papaya Whitening Soap

papaya whitening soap merupakan barang malaysia yang laku di eBay

Penjual dari Malaysia dan laku sebanyak 15 unit. Ni kedai runcit aceh ada perasan dijual. Kedai runcit biasa pun selalunya ada.

Kalau takde apa susah. Shopee, Lazada dan Tiktok Shop kan ada.

Harga dijual $15.99 USD dengan kos shipping $15.00 dikenakan. Jumlah $30.99 USD. Bersamaan RM144.41 semasa artikel ini ditulis.

Kos barang ni tak sampai RM5. Tolak semua kos masih ada untung dekat RM50.

Dah terjual 15 unit so untung kasar dah RM750. Boleh tahan untuk harga barang yang tak sampai RM5.

Gula-gula Lot 100

6 unit sudah terjual. Terjual dengan harga $25.99 dengan kenakan kos shipping $15.00 USD. Total semua $40.99 USD bersamaan RM191.00.

Hasil semakan harga di Shopee satu unit dalam RM6. 2 unit baru RM12.

Tolak kos yang terlibat masih ada untung dalam RM55 jika guna Flexipack International Pos Malaysia.

Profit margin yang sangat ok.

Tiger Balm

Sudah 3 history sold dengan setiap jualan berharga $129.90 USD bersamaan RM605. Jadi jumlah jualan tiger balm ini sahaja sudah 605 x 3 = RM 1,816.00.

Semakan di Shopee harga barang ini RM12. 12 unit bersamaan RM 144.

Tolak segala kos yang terlibat masih ada untung lebih RM100. Bukannya keluar peluh pun!

Kelas Zoom

Sebulan 2 hingga 4 kali kami akan adakan kelas Zoom kepada mereka yang dah dapatkan Panduan Export Mudah.

Pembeli Panduan Export Mudah akan dapat notifikasi melalui email yang dihantar.

Jika tidak faham boleh tanya terus di kelas zoom. Jika tidak dapat hadir kelas zoom akan dapat recording kelas.

Jika nak datang kelas zoom katakan minggu ini dan minggu depan. Tak kisah. Boleh sahaja.

Konklusi

Jika korang rajin cari barang yang laku di eBay akan jumpa beribu barang malaysia yang laku di ebay setiap hari. Yang penting ada usaha untuk cari.

Kalau tiada idea keyword apa nak digunakan, mulakan dengan contoh di artikel ini. Jumlah potensi di artikel ini keuntungan sudah lebih seribu ringgit. Barang biasa-biasa je.

Artikel sebelum ni cara berniaga di eBay pun ada diterangkan dan tunjuk barang yang laku.

Strateginya macam ni. Beli satu dulu barang ataupun ambil gambar dahulu. Kemudian buat listing di eBay. Apabila ada barang laku, beli lah di kedai yang berhampiran rumah.

Kalau tiada stok di kedai beli di Shopee or Lazada or Tiktokshop.

Jadi dengan cara ini boleh kurangkan risiko barang tidak laku.

Dengan cara ini ada yang sudah buat jualan berpuluh ribu dengan jual barang tempatan di eBay. Jika tidak tahu nak mulakan bagaimana boleh klik link dibawah ni