Potensi eBay & kenapa kena buat eBay
Barang kedai runcit, barang speedmart or barang yang biasa korang selalu tengok dan guna boleh jual dalam USD. Caranya ialah dengan buat duit dengan eBay.
Sebelum tu saya Farhan. Lupa nak kenalkan diri. Saya mula menjual di eBay secara part time pada tahun 2010 dan mula serius sebagai full time penghujung 2014 sampai sekarang.
Alhamdulillah eBay ni sebagai salah satu cabang income.

Siapa tahu anda boleh buat part time dengan jualan seperti ini setiap minggu. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu.
Bagaimana saya cari produk? Produk yang macam mana saya jual? Macam mana nak pos barang ke luar negara? Macam mana nak terima payment dari oversea?
Ini semua soalan yang selalu dapat. Sebelum itu perlu tahu ini
Apa potensi eBay?
Kalau jual di Malaysia terhad kepada penduduk Malaysia. Jika jual di eBay lebih ramai prospek dan peluang barang untuk terjual. Orang USA, UK, Canada, Australia dan negara lain jadi pembeli.
Dari mula menjual di eBay dari 2011 sampai sekarang pattern pembelian pembeli hampir sama. Jual barang yang ada permintaan dan tunggu pembeli beli.
Bayangkan jual di Malaysia RM10 dan kita hanya dapat RM10. Barang yang sama jual di US katakan $40 USD maka kita akan dapat RM184.80 semasa artikel ini ditulis.
Untung dari pertukaran mata wang.
Kenapa kena buat duit dengan eBay?
Tak perlu belajar copywriting. Tak perlu belajar buat FB ads, Google ads or Tiktok ads. Tak perlu buat email marketing.
Sehari ada beribu barang biasa-biasa yang selalu anda lihat dan mungkin guna terjual di eBay.
Contohnya ada dibawah ni. Teruskan membaca.
Cara cari produk
Korang boleh cari produk yang laku secara percuma sahaja di eBay. Boleh tahu penjual dari Malaysia yang sudah buat duit dengan eBay. Ianya percuma sahaja.
Ini tips dan pegangan yang saya pegang selama ni untuk bertahan bertahun-tahun jual barang ke luar negara. Kena ingat ni.
Jual barang yang orang mahu bukannya jual barang yang kita mahu.
Pertama sekali masuk ke eBay.com dan pergi ke advanced search. Korang boleh refer ni

Ini paparan di browser desktop. Kalau korang guna phone make sure jadikan desktop site. Biasanya ada dibahagian bawah sekali browser phone.
Selepas itu masukkan kata kunci ataupun keyword untuk cari barang apa dari Malaysia dah terjual.
- Jika tiada idea keyword apa masukkan kata kunci “New” ataupun “Box”
- Tick “sold listing”
- Min price masukkan $15 USD
- Located in “Malaysia”
- Klik search
Ini contoh barang yang dari Malaysia dah terjual. Yang beli mat saleh ye bukannya orang Malaysia.

Tengok tu untuk 6 pieces terjual $58.89 USD. Dah sold 15 kali tu. Kalau beli di Shopee dalam RM3 satu unit. Kalau 6 unit baru RM18.
1 USD bersamaan RM 4.60 semasa artikel ini ditulis.
Convert USD kepada RM dah jadi RM270. Tolak kos postage, kos beli barang, yuran eBay semua masih banyak untung lagi.

Ada beribu barang Malaysia laku di USA setiap hari. Contoh lain korang boleh tengok ni.
Produk macam mana yang sesuai untuk dijual untuk buat duit dengan eBay?
Produk yang dah ada pembeli. Dan juga yang ringan dan mudah dicari.
Ini kerana kos penghantaran lebih murah untuk barang kecil. Jadi walaupun untung kecil setidaknya tahu flow yang perlu dibuat apabila ada barang laku.
Step pertama cari barang yang dah laku kemudian korang cari barang yang sama ataupun seakan sama. Barang yang dah laku memang kita tahu dah ada permintaan.
Barang ni korang boleh beli di kedai runcit berhampiran ataupun kalau nak senang beli di Shopee, Lazada or Tiktok shop.
Macam mana nak pos barang ke luar negara?
Ini pun antara soalan famous ataupun yang paling banyak orang tanya. Jika korang baru nak berjinak jual barang ke luar negara guna kurier ni.
Flexipack international
Ini servis dari Pos Malaysia. Tak perlu daftar ataupun guna SSM untuk menggunakannya. Ada 2 jenis satu warna magenta untuk ke negara Asean dan satu lagi warna biru untuk ke negara lain.
Kurier ini jenis yang normal delivery dimana biasanya ianya mengambil masa 3 minggu hingga 4 minggu untuk sampai ke luar negara.
BerkatPos.com
Ini juga salah kurier yang newbie selalu gunakan. Ramai yang buat duit dengan eBay gunakan kurier BerkatPos.
Apa yang menariknya jika ada order di eBay, anda beli barang dari supplier dan poskan ke pejabat BerkatPos.
Kemudian BerkatPos akan hantarkan barang ke luar negara. Anda tidak perlu packing, tidak perlu beratur untuk hantar barang.
Dalam masa 3 hari hingga 8 hari bekerja penerima dari luar negara akan terima barang dengan menggunakan khidmat BerkatPos.
Macam mana nak terima payment dari oversea?
Semasa daftar akaun eBay anda perlu register sekali akaun Payoneer untuk keluarkan hasil jualan eBay. Contohnya macam ni

Ini potensi hasil yang mungkin anda dapat jika buat full time. Jika buat part time dapat 20% dari daripada hasil ni pun dah ok.
Siapa tahu keuntungan hasil jual barang ni boleh bayar duit rumah or duit kereta.
Masa saya buat dulu target untuk bayar sewa rumah je RM300 sebulan. Masa tu tahun 2012 dan alhamdulillah sekarang dah jadi salah satu cabang income utama.
Kalau nak belajar lebih detail lagi tentang bisnes eBay ni, korang boleh refer panduan Export Mudah