Produk yang untung 3 hingga 4 angka di eBay
Nak untung ataupun dapat extra 3 hingga 4 angka tak mustahil jika tahu cara berniaga di eBay. Jual barang yang berpotensi untuk laku dan untung.
Sifarnya macam ni. Kalau satu barang secara purata dengan untung RM50 anda hanya perlu laku 10 barang sebulan untung dapat extra income RM500 sebulan.
Artikel kali ni anda boleh lihat berapa potensi keuntungan dengan hanya jual barang tempatan yang mungkin anda selalu nampak ataupun guna.
Oh ye barang ni dah laku. Untuk edisi kali ni kurier Flexipack International Pos Malaysia dan BerkatPos yang digunakan.
Cara berniaga di eBay
Sambungan daripada artikel sebelum ini 6 cara jual barang di eBay, ini antara modal yang perlu anda tahu
Modal masa
Perlukan masa untuk cari barang yang laku, untuk kaji nak guna kurier apa dan juga untuk tahu berapa potensi keuntungan.
Bagi yang baru ini semua perlukan masa. Cuma anda dan saya bertuah hidup di zaman teknologi yang sangat cepat berkembang pesat.
Jika dahulu ianya mengambil masa berbulan sekarang tidak sampai sebulan dan boleh tahu banyak perkara.
Modal kewangan
Modal untuk beli barang dan juga modal untuk hantar barang ke luar negara. Sebelum mula menjual kaji dulu barang apa yang laku.
Dan juga kena tahu nak guna kurier apa. Satu hal pula barang dah laku tapi tak tahu nak hantar barang guna kurier apa.
Anda bertuah baca artikel ni. Jom kita tengok barang apa seller Malaysia dah terjual
Barang yang laku di eBay
1) Ubat gigi Parodontax

Ubat gigi ni memang senang nak cari dan dapat. Di kedai ataupun pasaraya kecil ada banyak dijual. Di farmasi pun ada juga. Kalau nak senang beli sahaja di Shopee or Lazada.
Cara berniaga di ebay jual barang mahal biasanya guna kurier express. Salah satu pilihan yang ada bagi penjual baru ialah BerkatPos.
Harga ubat gigi ni RM11 satu unit. Jadi potensi keuntungan yang penjual ini dapat ialah hampir RM170.

Potensi keuntungan ini selepas ditolak semua kos yang terlibat. Kurier BerkatPos boleh hantar barang ini.
2) Gula-gula Himalaya Slat

Sudah 2 unit terjual. Penjual ini jual 5 paket dimana $24.99 dengan caj shipping $10 dikenakan. Tukar kepada duit Malaysia jadi RM161.
Banyak kedai runcit ada jual gula-gula ini. Biasanya satu paket RM1.50 dan jika 5 paket RM7.50.
Kurier Flexipack International Pos Malaysia boleh digunakan untuk hantar barang ini.

Untung kasar hampir RM60. Boleh tahan untuk harga barang yang tak sampai RM10.
3) Ubat gigi colgate

Sudah 5 unit terjual. Semasa artikel ini ditulis 1 USD bersamaan 4.66 MYR. Jadi hasil jualan $157.90 bersamaan RM731.60.
5 unit sudah terjual.
Kos barang ini jika lihat di Shopee seunit RM10. Oh ye ada banyak jenis ubat gigi colgate ye. pastikan yang masa jenis macam gambar ni.

Potensi keuntungan yang akan dapat ialah hampir RM120 dengan menggunakan excel untung eBay ini. Barang ini bleh dihantar menggunakan kurier BerkatPos.
4) Barang kecantikan Nivea Cellular

Ni ada jual di Shopee or Lazada. Ataupun jika anda pergi Guardian boleh tengok sekali barang lain yang laku kat eBay.
Harga jualan $49.99 dengan caj shipping $10 bersamaan hampir RM 280.
Kurier Flexipack International Pos Malaysia boleh digunakan untuk hantar barang ini. Potensi keuntungan seperti excel dibawah

Untung kasar hampir RM90 selepas ditolak kos yang terlibat seperti yuran eBay, kos beli barang dan kos hantar barang ke luar negara.
5) Berus gigi cosway xylin

Untuk artikel kali ini banyak barang penjagaan gigi. Barang ni anda boleh search di Shopee or Lazada.
Harga yang dijual $113.05 dengan caj shipping dikenakan $15.90. Total $128.95 bersamaan RM600.

Potensi keuntungan lebih dari RM90 selepas tolak segala kos dengan menggunakan BerkatPos.
Konklusi
Setiap hari ada beribu-ribu barang orang Malaysia terjual di eBay. Katakan sebulan anda laku 5 barang sahaja.
Barang yang laku seperti diatas. Potensi extra income yang dapat RM 168.52 + RM 58.18 + RM 116.88 + RM 88.57 + RM 91.64 bersamaan RM 523.79.
Kalau ada kereta yang instalment bulanan harga ni dah lepas komitmen bulanan.
Yang penting ada tindakan dan usaha. Juga perlu tahu barang yang ada permintaan.
Cara cari barang, cara berniaga di eBay dan cara kira untung menggunakan excel ini ada diterangkan dengan lebih lanjut dibawah ni